Pakar penyakit berjangkit mempersoalkan langkah sanitasi awam berskala besar yang akan dijalankan selama dua hari bermula hari ini di 284 lokasi di seluruh negara, susulan peningkatan kes baru COVID-19 mutakhir ini.<br /><br />Dr Adeeba Kamarulzaman, yang juga anggota Majlis Sains Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), menggambarkan bahawa operasi sanitasi awam adalah pembaziran sumber daya yang terhad.
